
Sekian lama rasanya jari jemari ini tidak menyentuh butang-butang keybord. Terasa rindu pula pada blog yang hampir usang dan berhabuk ini dek kemalasan diri ini untuk berfikir dan menulis. Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana mengurniakan sedikit ilham untuk saya kongsi sedikit sebanyak dengan sahabat-sahabat.
Sunyi,
resah,
rindu.. perasaan inilah yang sering menemani saya sepanjang musim cuti ini. Hari demi hari yang berlalu seolah-olah seperti kita melontar batu ke dalam air dan ia akan hilang dari pandangan. Teringat pada kata nasihat yang diberikan oleh pensyarah saya ketika beliau berkunjung ke sini baru-baru ini.
" Kehidupan yang kita lalui ini akan dirasakan tidak bernilai dan bermakna sekiranya Ruh kita tidak ada hubungan dengan Allah s.w.t". Subhanallah!! alangkah berbahagianya jika hidup ini mendapat mendapat petunjuk-Mu.
Bila natijah imtihan(keputusan peperiksaan) nak keluar ni..??? persoalan yang sering bermain di bibir setiap Azhari dan Azhariah. Sebahagian daripada sahabat saya sudah mendapat keputusan peperiksaan baru-baru ini. Hakikat yang perlu diterima ialah ada yang berjaya dan ada terkandas. Tahniah!! diucapkan sahabat-sahabat yang berjaya dan bagi yang tidak berjaya jangan putus asa. Sebenarnya timbul rasa kagum dan terharu melihat sahabat-sahabat saya, mereka dapat menerima keputusan ini dengan hati yang tenang dan penuh keredhaan. Terlintas juga di naluri hati ini, adakah saya akan setabah mereka jika mendapat keputusannya nanti. Benarlah firman Allah yang bermaksud:
" Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...." (al-Baqarah 1:286)
Ingin saya kongsikan kata-kata seorang sahabat cukup saya segani, katanya :
" Kita bersusah payah berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan dan ini baru di dunia. Bagaimana pula dengan persediaan kita untuk menghadapi peperiksaan kita yang sebenar nanti iaitu dihadapan Allah s.w.t."Akhir sekali, diri yang hina ini ingin mengajak sahabat-sahabat untuk marilah sama-sama kita menjaga hubungan dengan Allah s.w.t supaya hidup kita sering berada di bawah petunjuk-Nya dan selalulah berdoa supaya dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat. Wallahua'lam...